Khamis, 20 November 2014

Menzahirkan Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin

Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin bermula awal pagi dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin menziarah makam Syed Shaaban bin Syed Ibrahim di Kampung Sungai Air Lada, Luak Keru. Ketibaan Tunku Besar Tampin disambut oleh Yang Mulia Dato' Johan Pahlawan Hj Abd Rahman bin Ali, Penghulu Pusaka Adat Luak Keru, Orang Besar Balai Nan  Lapan, Dato' Lembaga, Buapak, ibu soko  Imam serta anak-anak buah Luak Keru. Semasa di makam diadakan tahlil arwah yang dipimpin oleh Imam Masjid Keru.


 
 
Daripada Luak Keru Yang Teramat Mulia  Tunku Besar Tampin berangkat menziarah dan bertahlil arwah di makam ayahanda dan bonda  di perkarangan Masjid Jamek Tunku Besar . keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tunku telah disambut oleh Yang Mulia Dato' Setia Lela Maharaja Abd Razak bin Tambi, Penmghulu Pusaka Adat Luak Tampin Tengah, Orang Besar Balai Nnan Lapan, Dato' Lembaga, Buapak, ibu soko, Imam dan pegawai masjid, Tuan Hj Nor Muhamad bin Hussin, Pegawai Perhubungan Agama Islam Balai. Tahlil dan bacaan doa telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Tunku Besar.
 
 


 
 
Setelah tahlil dan doa arwah disempurnakan Yang Teramat Mulia Tunku berangkat kembali ke kediaman untuk Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin. Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Mulia Dato' Baginda Tan Mas, Luak Johol, Yang Mulia Angku Atril Raja Acheh.
 
 
 


 

 
 
 
Perarakan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin dan Yang Amat Mulia Tunku Isteri dari balai kediaman ke singgahsana mengadap didahului oleh tepak sirih, salasilah keturunan Tunku Besar Tampin dengan diiringi oleh Dato' Penghulu Pusaka Nan Empat, Dato' Orang Besar Balai Nan Lapan, Juak Hulubalang, serta selawat Nabi oleh Pertubuhan Asraf.
 
 



 
Bagi memberkati Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin Yang Berhormat Dato' Hj Mohd Yusuf bin Hj Ahmad,  Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah menyempurnakan bacaan doa...
 
 
 
 
 
 
Istiadat dimulakan dengan Yang Mulia Dato' Laksamana menyembahkan tepak sirih memohon perkenan memulakan istiadat
 
 

Istiadat mengadap dimulakan oleh Dato' Penghulu Pusaka Nan Empat yang kemudian oleh Orang Besar Balai Nan Lapan. setelah selesai istiadat nebgadap daisempurnakan pula istiadat pemasyhuran khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan