Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin telah dimustaid dan disempurnakan dengan penuh beradat. Maka dilangsungkan pula Istiadat Pemasyhuran Khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi. Pemasyhuran khalifah telah disempurnakan oleh guru persilatan ini Ustaz Hj Wan Kamarulzaman bin Hj Abd Aziz di mana Yang Teranat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin telah berkenan menerima pemasyhuran sebagai khalifah persilatan tersebut. Bagi tujuan tersebut Yang Teramat Mulia Tunku menerima sebilah keris bernama Keris Singa Barung bersadurkan emas 16 karat yang berusia lebih 700 tahun berasal dari Mataram yang berlambangkan dua ekor singa.
Ustaz Hj Wan Kamarulzaman menerima keris Singa Barung daripoada ahli Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi dengan langkah silat mengadap beradat.
Guru Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi mengatur langkah menyusun sembah KeBawah Kaus Yang Teramat Mulia Tunku menyembahkan keris Singa Barung
Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin telah perkenan di masyhurkan sebagai khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi dengan gelaran Batara Perabu Raja Syaidina Inun Gusti Pangeran Mulia Mangkubumi Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Pamungkas Khalifatullah serta menerima persemban keris Singa Barung sebagai lambing persilatan ini, bak kata adat :
ibarat sirih pulang ko gagang,
ikan pulang ko lubok,,
anak dagang pulang ko tolapak.
Sesuai pemerintahan Tunku Besar Tampin dalam Wilayah Tampin dengan lambang dua ekor singa dan pamur keris Singa Barung juga berlambangkan dua ekor singa
Sebaik menerima keris Singa Barung Yang Teramat Mulia telah mencabut serta mengucup keris tersebut. Maka dengan menyarung dan meletakkan di tempat yang telah disediakan selesailah istiadat pemasyhuran Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin sebagai khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi. Adalah dirakamkan setinggi tahniah buat Yang Teramat Mulia Tunku di atas penghargaan yang diberikan oleh Persilatan tersebut bukan sahaja kepada Tunku Besar Tampin tetapi seluruh rakyat dan anak buah Wilayah Tampin .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan