Khamis, 20 November 2014

Istiadat Serahterima Kunci Balai Seri Singa Barung

Dua istiadat telah dapat disempurnakan dengan penuh adat nan beradat, iaitu Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin dan Istiadat Pemasyhuran Khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi, kini disempurnakan pula istiadat serahterima kunci pejabat Tunku Besar Taampin yang baru. Alhamdulillah telah sekian lama menanti baru kini kesampaian, untuk itu dirakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Hj Muhamad bin Hj Hassan, Menteri Besar dan kerajaan Negeri Sembilan yang telah memperuntukan sedikit kewangan bagi membina pejabat Tunku Besar Tampin.
 
 
KeBawah Kaus Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin telah berkenan menerima serahterima kunci pejabat yang baru daripada Yang Berhormat Dato' Hj Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan negeri Sembilan mewakili Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan.
 
 



Yang Teramayt Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri telah berkenan memasyhurkan pejabat baru ini dengan nama Balai Seri Singa Barung sesuai dengan lambang pemerintahan Tunku Besar Tampin iaitu dua ekor singa. Bagi memberkati istiadat serahterima kunci Balai Seri Singa Barung ini Yang Berhormat Dato' Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Nnegeri Sembilan telah menyempurnakan bacaan doa, semuga segala yang dilaksanakan pada hari nan sepagi ni,mendapat berkat dan rahmat Allah jualah hendaknya.
 
 
 
Pemandangan Balai Seri Singa Barung selepas siap dibina.
 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan