Khamis, 20 November 2014

Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin Awal Olek

Kata adat...... 
sokali dayong dirongkah,
duo tigo pulau dilopasi,
sokali mombukak puro,
duo tigo istiadat dilangsungkan...
 
Pada 15 November 2014 telah dizahirkan Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Ta,mpin kali ke 4.di mana istiadat ini diadakan setiap dua tahun sekali. Sekali membuka pura dua tiga istiadat dijalankan, jadi dalam istiadat kali ini tiga istiadat telah dapat dilangsungkan :
1. Istiadat mengadap Pusaka Wilayah Tampin.
 
 
 
 
2. Istiadat Pemasyhuran Khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi.
 
 
 
3. Istiadat Serah terima kunci pejabat yang baru.
 
 
 
 
Dalam usaha memantap dan mengembalikan keutuhan sejarah dan adat Wilayah Tampin pada 13 November 2014 telah di adakan Bengkel Sejarah dengan kerjasama Arkib Negara, Muzium Adat dan Muzium Negeri.
 
 
Tiga tajuk telah dibincangkan iaitu Peranan Arkib Negara yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Arkib; Sejarah Tampin dan Tunku Besar Tampin oleh Tuan Hj Shaharudin juga dari Arkib Negara serta Peranan dan Tanggungnjawab Penyandang Pusaka Wilayah Tampin oleh Dato' Paduka Prof Dr Rusli dari UPSI..
 
Sebelum Istiadat dilangsungkan telah diadakan istiadat memandikan senjata kebesaran Tunku Besar Tampin yang disempurnakan oleh Ustaz Hj Wan Kamarulzaman serta Orang Besar Nan Lapan  dengan disaksikan sendirioleh oleh Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri. Antara keris yang diistiadatkan ialah Keris Singa Barung yang berusia lebih daripada 700 tahun.
 
 
 
Bagi memulakan istiadat memandikan senjata Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin telah menyerahkan keris tersebut secara beradat kepada Yang Mulia Dato' Panglima Raja Ali bin Umar yang kemudian menyerahkannnya kepada Yang Mulia Dato' Memperang Ujang bin Osman dan seterusnya melaksanakan istiadat memandikan senjata.
 
 


 
 
Senjata kebesaran Tunku Besar Tampin
 

 
 
Setelah sempurna istiadat memandikan senjata diadakan kembali istiadat menyembah mengembalikan keris Singa Barung kepada Yang Teramat Mulia Tunku dan seterusnya disimpan sehingga istiadat mengonak olek diadakan.
 


 
Memandikan senjata kebesaran diadakan setahun sekali pada bulan Muharram dan dilaksanakan oleh Orang Besar Balai Nan Lapan dengan diketuai oleh Dato' Memperang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan