Sabtu, 22 November 2014

PADAMNYA SEBUTIR PERMATA ADAT

 
Balungkasawa

Professor Norhalim bin Haji Ibrahim

 
Profesor Norhalim bin Haji Ibrahim seorang sejarahwan yang begitu meminati perkembangan keunikan sejarah Negeri Sembilan khasnya Adat Perpatih. Beliau telah mula mendekati, mengkaji dan menghayati likuan Adat Perpatih sejak berada di bangku sekolah seawal tahun 1960an. Namun keindahan kegemerlapan cahaya permata itu telah hilang pancarannya apabila beliau kembali ke sisi Allah S.W.T. pada 4 September 2008 bersamaa 4 Ramadhan 1429H.

Ilang tak bocari,
cice tak bopongut,
tobonam tak bogali.

Norhalim bin Haji Ibrahim telah dilahirkan di Kampung Tanjung Keling, Rembau, Negeri Sembilan pada 12 Februari 1945, merupakan anak yang sulong daripada enam adik-beradik. Ayahandanya bernama Haji Ibrahim bin Atin seorang bekas guru lepasan SITC, juga merupakan seorang penulis buku, novel, skrip sandiwara radio di era tahun 1960an dan pengkaji Adat Perpatih. Bapanya daripada suku Paya Kumbuh telah berkahwin dengan Hajah Meriam bt Mat Yatin, daripada suku Tanah Datar.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Terentang sehingga darjah enam. Tahun 1960 meneruskan pendidikan menengah di Undang Rembau Secondary School (URESS) dan memperolehi kelulusan dalam Malayan Certificate of Education (MCE) pada tahun 1965. Norhalim telah menjadi guru sementera di Sekolah Menengah Astana Raja selama setahun. Pada tahun 1966, apabila RTC dibuka, beliau telah berpeluang mengikuti kursus perguruan melalui program tersebut sehingga memperolehi Sijil Perguruan. Sekolah pertama beliau bertugas selepas kursus perguruan adalah di Gajah Behrang School, Melaka.

Di atas sikap inginkan kemajuan dan mempertingkatkan ilmu, pada tahun 1968 beliau telah mendapat tawaran mengikuti pengajian di Universiti Malaya, dalam bidang Sains Kemasyarakatan. Dalam tahun 1972, beliau telah ditawarkan menjadi pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang yang diminati Sains Kemasyarakatan. Sebelum itu selepas berjaya memperolehi Bacelor Of Education (Hons) dari Universiti Malaya, beliau meneruskan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Abdul Manap, Johol. Selepas enam bulan menjadi guru, Norhalim telah ditawarkan sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Tahun 1975 beliau telah meneruskan pengajiannya di University Of Hull, England sehingga berjaya memperolehi Master of Education dalam bidang Science Sosiology dengan pengkhususan Adat Perpatih dan perkembangan masyarakat Melayu Negeri Sembilan.

Di atas kegigihan dan kajian yang dijalankan berkaitan dengan bidang ilmu kemasyarakat, beliau telah dilantik sebagai Profesor Madya oleh Universiti Putera Malaysia dalam tahun 1980an. Norhalim merupakan satu-satu sejarahwan yang membuat penerokaan dan kajian khusus berhubung dengan Adat Perpatih dan sejarah perkembangan masyarakat Melayu luak beradat di Negeri sembilan. Hasil daripada minat dan penerokaan tersebut telah diterbitkan dalam bentuk buku, jurnal, pembentangan kertas kerja, juga dalam media massa. Usaha beliau dapat diikat melalui kata perbilangan adat,

ilang dicari,
cice dipungut,
tobonam digali,
kok usang dipobaharui,
kok koyak ditampa,
kok lapok dikajangi.

Antara lain hasil usaha beliau yang diterbitkan adalah :

  1. Adat Perpatih
1993
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  1. Adat Perkahwinan
1996
Penerbit Fajar Bakti  Sdn Bhd, Shah Alam
  1. Negeri Yang Sembilan
1995
Penerbit Fajar Bakti  Sdn Bhd, Shah Alam
  1. Hikayat Naga Bertapa
1996
Penerbit Fajar Bakti  Sdn Bhd, Shah Alam
  1. Indeks Warisan
1999
Persatuan Sejarah Malaysia, Caw. N.S.
  1. Terombo Atau Perbilangan?
2003
AFY Communications, Bandar Baru Bangi
  1. Glosari Adat Negeri Sembilan
2003
AFY Communications, Bandar Baru Bangi
  1. Sejarah Linggi
1998
Penerbit Fajar Bakti  Sdn Bhd, Shah Alam

Prof Norhalim banyak membicarakan Adat Perpatih dalam penulisan jurnal, terutama Jurnal Warisan, Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan. Antara judul yang dibicarakan antara lain adalah :

  1. Adat Minangkabau sebelum zaman Parapatieh. Satu pengenalan ringkas
1982/82
  1. Negeri Sembilan melalui masa (dengan merujuk kepada Luak Rembau)
1993
  1. Institusi raja dan keluarga diraja Negeri Sembilan
1995
  1. Peranan institusi adat dalam pembangunan dan pentadbiran tanah
1998
  1. Peranan kepimpinan dalam Adat Perpatih
1997
  1. Sistem masyarakat Negeri Sembilan
1988/89
  1. The Yang Pertuan Besar of Negeri Sembilan and the Yang Dipertuan Muda of Rembau
177/78
  1. Ulasan dan perbincangan lanjut : Beraja ke Johor, Bertuan ke Minangkabau, Bertali ke Siak
1998

Disamping itu beliau pernah dijemput memberi ceramah dan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan Adat Perpatih di Kyoto University, Jepun dalam tahun 1996. Dalam negara beliau seringkali diundang untuk membentang dan memberi ceramah berkaitan dengan pensejarahan semula Rembau, Negeri Sembilan dan Adat Perpatih.

Prof Norhalim adalah Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Kawasan Rembau, juga merupakan Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan merangkap editor Jurnal Warisan. Seiringan dengan hasil dan usahanya, beliau telah dimartabatkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan sebagai Pakar Rujuk Sejarah Negeri Sembilan dan Adat Perpatih. Oleh kerana minatnya yang begitu mendalam, tidak hairan beliau sanggup menjelajah hampir seluruh nusantara untuk mengkaji dan menggali semula perkembangan Adat Perpatih.

Profesor Norhalim juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menyusun adat istiadat kerjan Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau ke 21 agar istiadat dapat disempurnakan mengikut adat istiadat kerjan pada tahun 2001. Dalam tahun 2006 beliau bersama penulis telah menyusun dan mengatur serta melahirkan istiadat pertabalan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin ke 6, mengikut adat istiadat Luak Tampin, setelah 52 tahun tidak mendirikan adat pertabalan. Begitu juga dengan istiadat kerjan Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Penghulu Naning pada 20 Disember 2006 juga bersama dengan penulis.

Namun begitu segalanya adalah penentuan daripada Allah S.W.T. dalam usaha yang masih belum tertuntas mencari, memungut, menggali serta menyusun, perkara yang berkaitan dengan sejarah Negeri Sembilan, Rembau dan terutamanya Adat Perpatih, beliau telah di seru kembali mengadap Rabbul’alamin. Ceramah terakhir yang sempat disampaikan pada 26 Jun 2008 di Dewan Merdeka Rembau dalam mengatur salasilah keturunan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Turut hadir bersama Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Luak Rembau, Yang Mulia Dato’ Seri Maharaja Hj Khalid bin Bongek. Beliau pernah menyatakan kepada Yang Mulia Dato’ Seri Maharaja Hj Khalid bahawa usahanya akan diteruskan oleh adiknya.

Tak bolagulah sorunai malam,
tak borisik lai riang-riang,
tak bopotik lai kocapi,
tak borusai lai yang kusut,
tak tojoronih yang koroh,
dek,
ilang tak boganti,
cice tak bopongut,
tobonam tak tumboh lai.

Khamis, 20 November 2014

Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin Awal Olek

Kata adat...... 
sokali dayong dirongkah,
duo tigo pulau dilopasi,
sokali mombukak puro,
duo tigo istiadat dilangsungkan...
 
Pada 15 November 2014 telah dizahirkan Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Ta,mpin kali ke 4.di mana istiadat ini diadakan setiap dua tahun sekali. Sekali membuka pura dua tiga istiadat dijalankan, jadi dalam istiadat kali ini tiga istiadat telah dapat dilangsungkan :
1. Istiadat mengadap Pusaka Wilayah Tampin.
 
 
 
 
2. Istiadat Pemasyhuran Khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi.
 
 
 
3. Istiadat Serah terima kunci pejabat yang baru.
 
 
 
 
Dalam usaha memantap dan mengembalikan keutuhan sejarah dan adat Wilayah Tampin pada 13 November 2014 telah di adakan Bengkel Sejarah dengan kerjasama Arkib Negara, Muzium Adat dan Muzium Negeri.
 
 
Tiga tajuk telah dibincangkan iaitu Peranan Arkib Negara yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Arkib; Sejarah Tampin dan Tunku Besar Tampin oleh Tuan Hj Shaharudin juga dari Arkib Negara serta Peranan dan Tanggungnjawab Penyandang Pusaka Wilayah Tampin oleh Dato' Paduka Prof Dr Rusli dari UPSI..
 
Sebelum Istiadat dilangsungkan telah diadakan istiadat memandikan senjata kebesaran Tunku Besar Tampin yang disempurnakan oleh Ustaz Hj Wan Kamarulzaman serta Orang Besar Nan Lapan  dengan disaksikan sendirioleh oleh Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri. Antara keris yang diistiadatkan ialah Keris Singa Barung yang berusia lebih daripada 700 tahun.
 
 
 
Bagi memulakan istiadat memandikan senjata Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin telah menyerahkan keris tersebut secara beradat kepada Yang Mulia Dato' Panglima Raja Ali bin Umar yang kemudian menyerahkannnya kepada Yang Mulia Dato' Memperang Ujang bin Osman dan seterusnya melaksanakan istiadat memandikan senjata.
 
 


 
 
Senjata kebesaran Tunku Besar Tampin
 

 
 
Setelah sempurna istiadat memandikan senjata diadakan kembali istiadat menyembah mengembalikan keris Singa Barung kepada Yang Teramat Mulia Tunku dan seterusnya disimpan sehingga istiadat mengonak olek diadakan.
 


 
Memandikan senjata kebesaran diadakan setahun sekali pada bulan Muharram dan dilaksanakan oleh Orang Besar Balai Nan Lapan dengan diketuai oleh Dato' Memperang.

Istiadat Pemasyhuran Khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi

Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin telah dimustaid dan disempurnakan dengan penuh beradat. Maka dilangsungkan pula Istiadat Pemasyhuran Khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi. Pemasyhuran khalifah telah disempurnakan oleh guru persilatan ini Ustaz Hj Wan Kamarulzaman bin Hj Abd Aziz di mana Yang Teranat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin telah berkenan menerima pemasyhuran sebagai khalifah persilatan tersebut. Bagi tujuan tersebut Yang Teramat Mulia Tunku menerima sebilah keris bernama Keris Singa Barung bersadurkan emas 16 karat  yang berusia lebih 700 tahun berasal dari Mataram yang berlambangkan dua ekor singa.
 
 
Ustaz Hj Wan Kamarulzaman menerima keris Singa Barung daripoada ahli Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi dengan langkah silat mengadap beradat.
 
 
 
Guru Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi mengatur langkah menyusun sembah KeBawah Kaus Yang Teramat Mulia Tunku menyembahkan keris Singa Barung
 
 
Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin telah perkenan di masyhurkan sebagai khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi dengan gelaran Batara Perabu Raja Syaidina Inun Gusti Pangeran Mulia Mangkubumi Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Pamungkas Khalifatullah serta menerima persemban keris Singa Barung sebagai lambing persilatan ini, bak kata adat :
 
ibarat sirih pulang ko gagang,
ikan pulang ko lubok,,
anak dagang pulang ko tolapak.
 
Sesuai pemerintahan Tunku Besar Tampin dalam Wilayah Tampin dengan lambang dua ekor singa dan pamur keris Singa Barung juga berlambangkan dua ekor singa
 
 

 
 
 
Sebaik menerima keris Singa Barung Yang Teramat Mulia telah mencabut serta mengucup keris tersebut. Maka dengan menyarung dan meletakkan di tempat yang telah disediakan selesailah istiadat pemasyhuran Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin sebagai khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi. Adalah dirakamkan setinggi tahniah buat Yang Teramat Mulia Tunku di atas penghargaan yang diberikan oleh Persilatan tersebut bukan sahaja kepada Tunku Besar Tampin tetapi seluruh rakyat dan anak buah Wilayah Tampin .
 
 

 

Istiadat Serahterima Kunci Balai Seri Singa Barung

Dua istiadat telah dapat disempurnakan dengan penuh adat nan beradat, iaitu Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin dan Istiadat Pemasyhuran Khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi, kini disempurnakan pula istiadat serahterima kunci pejabat Tunku Besar Taampin yang baru. Alhamdulillah telah sekian lama menanti baru kini kesampaian, untuk itu dirakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Hj Muhamad bin Hj Hassan, Menteri Besar dan kerajaan Negeri Sembilan yang telah memperuntukan sedikit kewangan bagi membina pejabat Tunku Besar Tampin.
 
 
KeBawah Kaus Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin telah berkenan menerima serahterima kunci pejabat yang baru daripada Yang Berhormat Dato' Hj Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan negeri Sembilan mewakili Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan.
 
 



Yang Teramayt Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri telah berkenan memasyhurkan pejabat baru ini dengan nama Balai Seri Singa Barung sesuai dengan lambang pemerintahan Tunku Besar Tampin iaitu dua ekor singa. Bagi memberkati istiadat serahterima kunci Balai Seri Singa Barung ini Yang Berhormat Dato' Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Nnegeri Sembilan telah menyempurnakan bacaan doa, semuga segala yang dilaksanakan pada hari nan sepagi ni,mendapat berkat dan rahmat Allah jualah hendaknya.
 
 
 
Pemandangan Balai Seri Singa Barung selepas siap dibina.
 



 

Menzahirkan Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin

Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin bermula awal pagi dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin menziarah makam Syed Shaaban bin Syed Ibrahim di Kampung Sungai Air Lada, Luak Keru. Ketibaan Tunku Besar Tampin disambut oleh Yang Mulia Dato' Johan Pahlawan Hj Abd Rahman bin Ali, Penghulu Pusaka Adat Luak Keru, Orang Besar Balai Nan  Lapan, Dato' Lembaga, Buapak, ibu soko  Imam serta anak-anak buah Luak Keru. Semasa di makam diadakan tahlil arwah yang dipimpin oleh Imam Masjid Keru.


 
 
Daripada Luak Keru Yang Teramat Mulia  Tunku Besar Tampin berangkat menziarah dan bertahlil arwah di makam ayahanda dan bonda  di perkarangan Masjid Jamek Tunku Besar . keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tunku telah disambut oleh Yang Mulia Dato' Setia Lela Maharaja Abd Razak bin Tambi, Penmghulu Pusaka Adat Luak Tampin Tengah, Orang Besar Balai Nnan Lapan, Dato' Lembaga, Buapak, ibu soko, Imam dan pegawai masjid, Tuan Hj Nor Muhamad bin Hussin, Pegawai Perhubungan Agama Islam Balai. Tahlil dan bacaan doa telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Tunku Besar.
 
 


 
 
Setelah tahlil dan doa arwah disempurnakan Yang Teramat Mulia Tunku berangkat kembali ke kediaman untuk Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin. Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Mulia Dato' Baginda Tan Mas, Luak Johol, Yang Mulia Angku Atril Raja Acheh.
 
 
 


 

 
 
 
Perarakan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin dan Yang Amat Mulia Tunku Isteri dari balai kediaman ke singgahsana mengadap didahului oleh tepak sirih, salasilah keturunan Tunku Besar Tampin dengan diiringi oleh Dato' Penghulu Pusaka Nan Empat, Dato' Orang Besar Balai Nan Lapan, Juak Hulubalang, serta selawat Nabi oleh Pertubuhan Asraf.
 
 



 
Bagi memberkati Istiadat Mengadap Pusaka Wilayah Tampin Yang Berhormat Dato' Hj Mohd Yusuf bin Hj Ahmad,  Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah menyempurnakan bacaan doa...
 
 
 
 
 
 
Istiadat dimulakan dengan Yang Mulia Dato' Laksamana menyembahkan tepak sirih memohon perkenan memulakan istiadat
 
 

Istiadat mengadap dimulakan oleh Dato' Penghulu Pusaka Nan Empat yang kemudian oleh Orang Besar Balai Nan Lapan. setelah selesai istiadat nebgadap daisempurnakan pula istiadat pemasyhuran khalifah Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi.




Khamis, 9 Oktober 2014

Bawan kembali...carian bagi.....

...bila sebut sahaja Adat Perpatih kebanyakan masyarakat yang tidak faham dengan sistem adat tersebut akan membuat berbagai andaian negatif. Untuk memahami konsep Adat Perpatih, kita mesilah memahami perbilangan atau kata-kata adatnya. Kata-kata adat yang menjadi teras dalam sistem Adat Perpatih perlu dihayati dan fahami tafsiran yang tersirat, baharulah boleh memperkatakan adat itu.

bawaan kombali,
dapatan tingga,
carian bahagi.

...antara yang sering menjadi sindiran masyarakat luar adalah kahwin gadis orang nogori bila bercerai jadi miskin. Dalam Adat Perpatih perkara tersebut tidak akan berlaku kerana telah dikanunkan berdasar kata adat yang di atas. Ingin dijelas dan dinyatakan di sini bahawa dalam sistem Adat Perpatih sekiranya berlaku perceraian, perkara yang dnyatakan daklan kata adat akan dilaksanakan dengan amanah, jujur dan kekhlasan. Sekiranya silelaki semasa hari perkahwinannya mempunyaiu sebuah kereta mercedes...bilan bercerai kereta hak mailiknya, pihak perempuan tiddak boleh menuntutnya. Sekiarnya pula semasa hari perkahwinan siperempuan memiliki sebuah rumah, rumah itu lelaki tidak boleh sam, sekali menuntutnya. Seandainya dalam masa berkongsi hidup bersama, membeli sebuah banglo, berlaku perceraian, maka banglo tersebut hendak dinilai dan hasilnya di bahagi dua...bagaimana dikatakan kahwin gadis nogori balik miskin..? Bertambah adalah....