Jumaat, 28 Disember 2012

USANG USANG DIPOBAHARUI

Istiadat Mengadap Pusaka Luak Tampin
 
Luak Tampin adalah luak termuda di Negeri Sembilan yang telah diteroka oleh Syed Shaaban bin Syed Ibrahim dalam tahun 1833. Selepas peristiwa pertelingkahan jawatan di Rembau, Syed Shaaban telah melarikan diri ke Keru dan membuat petempatan di situ. Semasa perang Inggeris jajahan Tebong yang ketika itu di bawah Naning telah diserahkan kepada Wilayah Tampin begitu juga dengan kawasan Rembau Selatan melalui perjanjian antara Inggeris Naning dan Rembau. Apabila Syed Abdul Hamid menjadi Yamtuan  Tampin menggantikan ayahnya Syed Shaaban, beliau telah berkahwin dengan anak Tuanku Radin dan dianugerahkan gelaran Tunku Besar Tampin. Keturunan Syed Abdul Hamid sahaja yang boleh mewarisi pusaka Tunku Besar Tampin sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sembilan. Sehingga hari ini Tampin telah mempunyai tujuh orang Tunku Besar. Semasa istiadat pertabalan Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Wilayah Tampin telah di masyhur dan dimaktubkan sebagai Luak Tampin dan empat jajahan yang di bawahnya disebut sebagai wilayah yang terdiri daripada ;
Wilayah Keru,
Wilayah Tebong/Pondoi,
Wilayah Repah,
Wilayah Tampin Tengah.
 
Istiadat mengadap pusaka Luak Tampin telah dijadikan tradisi tahunan sejak lama dulu yang diadakan setiap setahun. Mulai daripada tahun 2006 istiadat tersebut diadakan setiap dua tahun sekali. Antara tujuan untuk memilihara dan memperbaharui adat istiadat agar tak lapok dek ujan, tak lokang dek paneh, usang usang dipobaharui. Sempena tarikh pertabalan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin ke 7, tarikh 12 Ogos telah dijadikan tarikh Tampin dibuka.
 
Luak Tampin merupakan Luak Tanah Mengandung sama seperti Luak Tanah Mengandung Seri Menanti. Luak Tampin mempunyai empat orang Penghulu Pusaka Adat yang mentadbiran wilayah masing-masing seperti yang dinyatakan di atas tadi. setiap Penghulu Pusaka Adat mempunyai lembaga, bopak (buapak), bosa, kadim dan ibu soko sama seperti Luak Nan Empat, Luak Rembau, Luak Sungai Ujong, Luak Jelebu dan Luak Johol. hanya darisegi pengamalan dan pelaksanaan antara lima luak ini terdapat perbezaan namun dasar adatnya tetap sama. dalam penyebutan gelaran Tunku Besar nama Tampin wajib disebut bersama bagi membezakan Tunku Besar Seri Menanti.
 

Penghulu Pusaka Adat Nan Empat :
 
Dato' Johan Pahlawan  - Wilayah Keru
Dato' Paduka Lela - Wilayah Tebong/Pondoi
Dato' Orang Kaya Lela -  Wilayah Repah
Dato' Setia Lela Maharaja - Wilayah Tampin Tengah
 
Orang Besar Balai Nan Lapan :
 
Dato' Panglima Raja
Dato' Setia Raja
Dato' Laksamana
Dato' Bentara
Dato' Salela
Dato' Juan
Dato' Memperang
Dato' Singa
 
Bagi menyelaraskan adat dan istiadat Tunku Besar Tampin telah membenih dan menumbuhkan dua pusaka penasihat :
 
Dato' Andika Pendeta -  Penasihat Adat dan Istiadat Tunku Besar Tampin
Dato' Bjaya Raja - Penasihat Adat dan Protokol Luak Tampin
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan