....Adat Perpatih mementingkan kepada sikap ikatan kekeluargaan yang erat dan padu. Dalam menjana hubungan yang erat tersebut telah dikanunkan dalam kata adat yang dijadikan sebagai dasar kepada ikatan silatulrahim kekeluargaan tersebut....
kok koroh dijoronihkan,
kok ilang di cari,
kok cice dipungut,
kok lapok dikajangi,
kok kuyak ditampa,
kok tobonam digali.
Dalam masyarakat yang mengamalkan sistem Adat Perpatih mereka berpegang teguh kepada disiplin atau peraturan yang dikanunkan dalam kata-kata adat. Setiap yang hendaklah dijalankan atau dilaksanakan mestilah mendasari adat. Setiap keluarga yang hendak mengadakan kenduri umpamanya, walau pun sekecil mana setiap ahli keluarga mestilah dijemput dan diminta hadir bersama. Seandainya ada berlaku kepincangan atau perbalahan, perkara tersebut mestilah diselesai dan dijernihkan dahulu. Setiap ahli keluarha mesti mendapatkan penyelesaian melalui kerapatan yang biasanya diketuai oleh bopak suku berkenaan. Selagi ada perbalahan atau silang sengketa, majlsi tersebut tidak seharusnya dijalankan, kerana ada 'ghompong' atau tidak bulat dan tidak seiya sekata.
Jika hendak mengadakan kenduri yang lebih besar seperti majlis perkahwinan, perkara ini lagi dititikberatkan, kerana adat kenduri akan dijalankan oleh bapa saudara pengantin dan bukannya bapa atau ibu pengantin. Buruk atau baik majlis tersebut terletak dalam tangan bapa saudara pengantin, dengan kata lainnya bapa saudara bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengadakan apa sahaja majlis. itulah kelebihan dalam pengamalan Adat Perpatih. Sayangnya sistem adat itu tidak lagi menjadi aturan dan amalan secara sepenuhnya dikalangan masyarakat Melayu di tujuh luak dan lima luak kecil di Negeri Sembilan. Kemodenan secara beransur telah menghapuskan kebaikan sistem adat tersebut secara sedar mahu pun tidak sedar dan itulah yang berlaku. Malahan ada yang menganggap adat itu telah tidak sesuai digunapakai pada hari ini.
Dalam perkara mengembalikan pengamalan kebaikan Adat Perpatih ini siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab....janganlah menyanyikan lagu oh bangau, akhirnya semua pihak kena bertanggungjawab, terutamanya para pemimpin adat...jangan hanya hendak memakai gelaran..tapi tidak tahu menjalankan adat......dan diri sendiri tidak beradat....Sebelum menentukan adat dijalankan...pastikan diri sendiri menjadi tunggak pengamal adat...duduk..berjalan...berpakaian...pertuturan...mestilah berlandaskan gelaran yang disandang...berpusaka adat...Kebanyakan penyandang pusaka adat hari ini tidak tahu tentang adat...jadi bagiamana hendak menjalankan adat...
Renungkan untuk kebaikan bersama....tak tahu belajar...jangan tak tahu mengatakan tahu...banyak adat telah disongsangkan....sebagai pengamal kepada sistem adat perpatih...kita kena merujuk kepada kata-kata adat itu sendiri....
nak tahu pamah nan monumpu,
botanyo pado donak,
nak tahu padang nan luas,
botanuo pado bolalang,
nak tahu pulau nan monompok,
botanyo pado bobarau.
tahu nan kocik pado nan godang,
tahu nan godang pado nan tuo-tuo,
tahu nan tuo-tuo pada nan sudah-sudah.
jangan sampai...
sosa ikan ko bolat,
sosa bolat ko tobing,
sosa tobing tobing ghuntoh,
bolat musnah ikan habis lopeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan