Sabtu, 29 Oktober 2011


.....berkahwin dengan anak gadis Negeri Sembilan seringkali dikontrovasi atau dijadikan bahan sindiran oleh masyarakat luar daripada masyarakat yang mengamalkan sistem Adat Perpatih. Terdapat juga mengatakan sesiapa yang berkahwinan dengan anak gadis Negeri Sembilan, sekiranya bercerai akan jatuh miskin.  Pandangan dan pendapat yang diluahkan itu sebenarnya sama sekali tidak betul dan salah. Kepada mereka yang tidak faham dan mengetahui tentang Adat Perpatih, dinasihatkan jangan bercakap atau berkata mengenai adat tersebut, kerana akan berlaku banyak yang salah dari yang sebenarnya. sistem Adat Perpatih telah dikanunkan dalam perbilangan atau kata kata adatnya. Sistem Adat Perpatih adalah felksibel dan penuh demokrasi tulin.




Khamis, 27 Oktober 2011

...yang koroh dijoronihkan.....

....Adat Perpatih mementingkan kepada sikap ikatan kekeluargaan yang erat dan padu. Dalam menjana hubungan yang erat tersebut telah dikanunkan dalam kata adat yang dijadikan sebagai dasar kepada ikatan silatulrahim kekeluargaan tersebut....

kok koroh dijoronihkan,
kok ilang di cari,
kok cice dipungut,
kok lapok dikajangi,
kok kuyak ditampa,
kok tobonam digali.

Dalam masyarakat yang mengamalkan sistem Adat Perpatih mereka berpegang teguh kepada disiplin atau peraturan yang dikanunkan dalam kata-kata adat. Setiap yang hendaklah dijalankan atau dilaksanakan mestilah mendasari adat. Setiap keluarga yang hendak mengadakan kenduri umpamanya, walau pun sekecil mana setiap ahli keluarga mestilah dijemput dan diminta hadir bersama. Seandainya ada berlaku kepincangan atau perbalahan, perkara tersebut mestilah diselesai dan dijernihkan dahulu. Setiap ahli keluarha mesti mendapatkan penyelesaian melalui kerapatan yang biasanya diketuai oleh bopak suku berkenaan. Selagi ada perbalahan atau silang sengketa, majlsi tersebut tidak seharusnya dijalankan, kerana ada 'ghompong' atau tidak bulat dan tidak seiya sekata.

Jika hendak mengadakan kenduri yang lebih besar seperti majlis perkahwinan, perkara ini lagi dititikberatkan, kerana adat kenduri akan dijalankan oleh bapa saudara pengantin dan bukannya bapa atau ibu pengantin. Buruk atau baik majlis tersebut terletak dalam tangan bapa saudara pengantin, dengan kata lainnya bapa saudara bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengadakan apa sahaja majlis. itulah kelebihan dalam pengamalan Adat Perpatih. Sayangnya sistem adat itu tidak lagi menjadi aturan dan amalan secara sepenuhnya dikalangan masyarakat Melayu di tujuh luak dan lima luak kecil di Negeri Sembilan. Kemodenan secara beransur telah menghapuskan kebaikan sistem adat tersebut secara sedar mahu pun tidak sedar dan itulah yang berlaku. Malahan ada yang menganggap adat itu telah tidak sesuai digunapakai pada hari ini.

Dalam perkara mengembalikan pengamalan kebaikan Adat Perpatih ini siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab....janganlah menyanyikan lagu oh bangau, akhirnya semua pihak kena bertanggungjawab, terutamanya para pemimpin adat...jangan hanya hendak memakai gelaran..tapi tidak tahu menjalankan adat......dan diri sendiri tidak beradat....Sebelum menentukan adat dijalankan...pastikan diri sendiri menjadi tunggak pengamal adat...duduk..berjalan...berpakaian...pertuturan...mestilah berlandaskan gelaran yang disandang...berpusaka adat...Kebanyakan penyandang pusaka adat hari ini tidak tahu tentang adat...jadi bagiamana hendak menjalankan adat...

Renungkan untuk kebaikan bersama....tak tahu belajar...jangan tak tahu mengatakan tahu...banyak adat telah disongsangkan....sebagai pengamal kepada sistem adat perpatih...kita kena merujuk kepada kata-kata adat itu sendiri....

nak tahu pamah nan monumpu,
botanyo pado donak,
nak tahu padang nan luas,
botanuo pado bolalang,
nak tahu pulau nan monompok,
botanyo pado bobarau.

tahu nan kocik pado nan godang,
tahu nan godang pado nan tuo-tuo,
tahu nan tuo-tuo pada nan sudah-sudah.

jangan sampai...

sosa ikan ko bolat,
sosa bolat ko tobing,
sosa tobing tobing ghuntoh,
bolat musnah ikan habis lopeh.

Rabu, 26 Oktober 2011

adat nan tak lapok dek ujan nan tak lokang dek panih......

....adat....bopucok ko langit botunjang ko bumi....nan tak lokang dek paneh nan tak lapok dek ujan...kain dipakai usang adat dipakai baru. Dalam kehidupan seharian insan manusia tidak dapat lari daripada adat. Adat merupakan sebuah disiplin atau peraturan atau undang-undang atau tatacara atau dalam agama lebih dikenali dengan tertib. Semua masyarakat dan kaum yang ada di muka bumi ini mempunyai adatnya tersendiri. Tumbuhan dan haiwan juga mempunyai adatnya yang lebih disebut sebagai kitaran atau pusingan hidup. Kitaran hidup alam semulajadi dan haiwan tidak pernah berubah sejak tajali lagi. Adat disusun begitu rupa bertujuan untuk membina sebuah kehidupan masyarakat yang berdisiplin dan teratur. masyarakat Melayu membentuk aturan hidupnya berdasar kepada keprihatinan serta pemerhatian yang halus kepada alam semulajadi, ini dikanunkan dalam kata adat ;

ponakik sipisau ghaut,
   ambik galah batang lintubong,
        soludang dijadikan nyiru;
yang sotitik jadikan laut, 
   yang sokopa jadikan gunong,
        alam bokombang dijadikan guru.

Tetapi ada segelintiran masyarakat yang menganggap dirinya moden telah menolak adat dengan mengatakan adat tidak sesuai dan sudah ketinggalan zaman...Sepatutnya adat itu dijadikan satu landasan yang utuh dalam membina kepribadian setiap individu dalam kelompok masyarakat tersebut. Bila mana masyarakat itu mempunyai adat yang kuat pegangannya, maka aliran kehidupan masyarakat itu juga turut menjadi mantap dan setiap ahlinya mempunyai disiplin yang tinggi. Dalam perkembangan ini siapakah yang harus dipersalahkan...adakah adat itu sendiri...atau....pemimpim...pengamal adat...pendidikan...masyarakat...atau...ibu bapa...?

Bagi tujuan menyubur dan mengembalikan pengamalan adat semua pihak mesti bertanggungjawab bersama. Tunjang kepada memantapkan adat adalah ibu bapa, sama juga dengan agama. Semua perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk bertitik tolak daripada rumah. Anak ibarat sehelai kain putih yang mewarnakannya ialah ibu dan bapa anak itu sendiri..Adat merangkumi semua aspek kehidupan dari sekecil-kecilnya sehinggalah yang besar.daripada berbudi bahasa sehinggalah kepada perkembangan ekonomi. dari segi lahiriah sehinggalah kepada batiniah....jadi eloklah sama-sama difikirkan dengan pemikiran yang matang dan mantap....